Showing posts with label Novel Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Novel Malaysia. Show all posts

Tuesday, June 28, 2016

Cinta Ada Di Sini by Sha Ibrahim




Judul           : Ada Cinta Di Sini
Pengarang  : Sha Ibrahim
Penerbit     : Kaki Novel
Tahun          : 2014
ISBN           : 9789670448848
Halaman     : 1299
Rating         : 2 of 5 stars



Kepulangannya ke pangkuan daddy dan abang-abangnya setelah 10 tahun terpisah membuatkan perasaannya tidak menentu. Kerana amanat yang ditinggalkan oleh arwah mummynya menyebabkan dia terpaksa menagih semula kasih yang telah lama tidak disemai.

Edlynn Jasmin, namanya cukup indah bersesuaian dengan wajahnya yang begitu jelita. Berdarah kacukan Melayu-Inggeris-Cina dan sentiasa kelihatan 'stylo' kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Seorang gadis yang begitu obses dengan fesyen dan dunia tarian. Namun segala-galanya harus dilupakan setelah dia menjejakkan kaki ke villa mewah milik daddynya. Dia harus mengubah penampilan yang selama ini menjadi darah dagingnya. Semuanya gara-gara dia ingin menjadi individu yang berbeza. Tujuannya ke villa itu hanya satu. Ingin menagih semula kasih yang sudah lama dia dambakan.

Di villa mewah itu, misinya bermula. Dia cuba menagih semula kasih sayang dari daddy serta dua orang abangnya. Namun apa yang diharapkan tidaklah seindah seperti apa yang dia bayangkan. Kehadirannya di situ seakan-akan tidak diperlukan. Malah kewujudannya seperti langsung tidak diendahkan. Jelas dia memang dipulaukan oleh keluarga kandung sendiri.

Lama-kelamaan hati Edlynn mula berbelah-bahagi. Dia mula goyah. Amanat mummnynya sedikit demi sedikit semakin dia dilupakan. Buat apa dia mengejar pada yang tidak sudi? Kenapa pula dia harus berubah semata-mata untuk insan yang langsung tidak menghargai dirinya? Sudah tiba masanya untuk dia tunjuk siapa dirinya yang sebenar. Biar semua terkejut. Biar semua makan hati. Dia bukan gadis lemah yang hanya mampu menelan apa saja perkara yang menghiris perasaannya.

Mampukah Edlynn untuk berada di dalam villa itu? Apakah rahsia sebenar yang menyebabkan daddy dan mummynya terpisah? Adakah Maria mampu menjadi sebahagian daripada hidupnya walaupun dengan jelas wanita itu sangat membenci dirinya? Semuanya akan terjawab dalam 'CINTA ADA DI SINI'.
 




Edlynn Jasmine untuk pertama kalinya menginjakkan kaki di Kuala Lumpur setelah sebelumnya tinggal di Johor. Tujuannya datang ke KL adalah untuk berkumpul kembali dengan ayahnya, Tuan Firdause, dan kedua kakak kembarnya, Adam dan Asyraff. Alangkah sedih hatinya ketika ia mendarat di KLIA (Kuala Lumpur International Airport) dan hanya dijemput oleh seorang pembantu dan seorang bodyguard. Edlynn mengharapkan sambutan yang meriah dari ayah dan abang-abangnya karena sudah sepuluh tahun berlalu sejak mereka terakhir bertemu. Apalagi hanya merekalah keluarga yang masih dimiliki Edlynn sejak mummy-nya meninggal dunia beberapa bulan yang lalu.

Wednesday, March 2, 2016

Sudi Jadi Isteri Saya? by Maya Adira





Judul           : Sudi Jadi Isteri Saya?
Pengarang  : Maya Avira
Penerbit     : GedeBook
Tahun         : 2015
ISBN          : 9789670185620
Halaman    : 704
Genre         : Romance
Rating        : 3.5 of 5 stars




Salahkah jika dia tidak lagi percayakan cinta? Berdosakah dia, menidakkan cinta yang dihulur barisan perawan yang ada. Huh, cinta! Bagi Irfad Haji Muzir, cinta adalah penipuan. Cinta adalah permainan. Maaf, dia tidak lagi percayakan perkataan itu. Ya, dia pernah mencintai dengan setulus hati lelakinya. Namun, baru ingin dipetik sebagai suri, cinta itu terbang pergi.

Permainan waktu menemukan mereka. Hatinya remuk, hancur diinjak sang tunang dan sahabat baiknya, dua insan paling disayanginya. Dia mengalah untuk tidak mahu bernafas lagi. Apa gunanya? Aflah tekad, dia mesti pergi. Kenapa mesti dia diselamatkan? Dia mahu mati!

Mulut kata jauh, hati kata datang. Otak kata benci, rindu khabar sayang. Kasih hampir bertaut. Namun belum sempat diikat, Nadya yang dipuja Irfad pula datang. Nadya yang menyesali tindakannya. Perkahwinannya tidak bahagia, terdera katanya. Hati Irfad mula goyah. Cinta lama yang masih bersisa atau kasih baru yang mahu bertaut?

Aflah menjauh, tersiksa dalam kerinduan. Nadya kian dekat, mahu cinta kembali berulang. Ada rahsia yang disimpan, petunjuk isteri pilihan.